Sunday, June 29, 2008

Apa Yang Anda Harus Tahu Mengenai Kesihatan Anda

Sihat bermakna anda di dalam keadaan sempurna dari segi rohani dan jasmani serta bebas daripada penyakit dan kesakitan. Kesihatan badan dan kesejahteraan tidak datang dengan sendirinya tetapi perlu diusahakan oleh setiap individu.
Badan yang sihat ditentukan oleh makanan dan minuman yang baik dan seimbang. Badan yang sihat datangnya dari otak yang sihat. Badan yang sihat adalah penentu otak yang cerdas. Badan sihat otak senang berfikir dan emosi senang dikawal.
Kesihatan memerlukan gizi yang seimbang, tidur yang cukup, senaman yang sesuai, psikologi yang sihat. Kesihatan minda bergantung pada hati yang sihat.
Badan manusia ialah satu unit yang organik, jika satu organ dipengaruhi, organ lain akan terganggung, hingga hilang keseimbangan dalam badan. Badan kita ni macam enjin kereta juga. Badan kita memerlukan protein kerana protein:diperlukan dalam proses pembentukan sel baru untuk menggantikan sel yang mati atau rosak. Badan kita tidak dapat membina secara sintesis vitamin dan mineral justeru itu dan ianya diperolehi daripada makanan yang kita ambil. Badan kita perlukan hidrogen untuk membina dan membaiki sistem imun, organ badan dan struktur sel. Badan hanya menggunakan apa yang diperlukan, dan menyingkirkan yang selebihnya melalui sistem perkumuhan.
Badan akan mudah menjadi lemah jika kandungan toksin di dalamnya meningkat. Badan lemah,letih,lesu dan sentiasa ditangani oleh berbagai-bagaipenyakit menyebabkan seseorang itu tidak dapat berfungsi dengan baiksecara fizikal,rohani atau mental. Badan yang mengandungi terlalu banyak lemak serta kolesterol boleh menyebabkan seseorang itu menjadi terlalu gemuk.
Badan yang sihat menjurus kepada minda, rohani dan emosi yang sihat. Badan yang sihat tentunya menghasilkan minda yang segar. Badan yang sihat segar serta minda yang terbuka untuk perubahan positif dan kebaikan. Badan yang sihat dan cergas lebih disukai oleh Allah berbeza dengan orang yang lemah dan malas.
Kesihatan jasmani, rohani dan social juga amat penting demi menjaga keselamatan dan kebahagiaan seseorang di dunia dan di akhirat. Kesihatan tubuh badan pada setiap individu adalah aset yang amat penting bagi membantu negara menjana produktiviti.

Artikel oleh Melayu.sg ©2007 melayu.sg

No comments: