Wednesday, July 2, 2008

Pembangunan Modal Insan Di Malaysia : Analisis Terhadap Gagasan Islam Hadhari

Ditulis oleh Prof. Madya Mohamad Kamil Ab. Majid
Friday, 28 December 2007
Index Artikel

Pembangunan Modal Insan Di Malaysia : Analisis Terhadap Gagasan Islam Hadhari
Halaman 2 , Halaman 3 , Halaman 4 , Halaman 5 , Halaman 6 , Halaman 7 , Halaman 8 , Halaman 9 , Halaman 10 , Halaman 11 , Halaman 12 , Halaman 13 , Halaman 14

Halaman 1 terhadap 14GAGASAN ISLAM HADHARI DI MALAYSIA

Sepanjang sejarah Malaysia daripada era klasik (1400) hingga kepada era selepas merdeka (1960-2000), Islam telah menjadi force utama yang membawa perubahan kepada masyarakat Melayu. Merujuk kepada politik hukum1 dan pengubalan dasar awam di Malaysia2, fungsi Islam ini tidak terhad kepada pengamalan ritual semata-mata tetapi turut menjadi inspirasi and mekanisme utama yang diterapkan ke dalam sesuatu dasar awam. Hal ini antara lainnya boleh dikesan dari pengenalan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam di dalam pentadbiran negara yang kemudiannya diikuti dengan pelbagai program Islamization, yang membuahkan hasil yang cukup memberangsangkan di dalam pelbagai dimensi;

1. penerapan nilai-nilai Islam di dalam jentera pentadbiran kerajaan;3
2. pembaikian terhadap sistem perundangan Negara yang lebih bersesuaian dengan prinsip- prinsip Islam;4
3. Penambahbaikan pelbagai agensi yang berkaitan dengan Islam,5
4. pengubalan dasar pendidikan negara yang lebih bersesuaian dengan semangat Islam6;
5. penerapan nilai-nilai Islam di dalam organisasi politik masyarakat Melayu7;
6. pengenalan dasar domestic and luar negara yang lebih bersimpati dengan masyarakat Islam8
7. penubuhan pelbagai institusi keislaman bentuk baru, seperti Bank Islam, UIAM, Takaful, LUTH and banyak lagi.9

Kejayaan program Islamization yang bersifat holistic ini antara lainnya berpunca dari
(i) keterbukaan dan komitmen pihak kerajaan (actor politik) yang menerima pandangan ataupun desakan daripada NGO Islam dan
(ii) perancangan yang bersistematik yang disusun oleh pihak kerajaan, seperti penubuhan Badan Perunding Islam yang terdiri daripada pelbagai pakar Islam dari dalam and luar negeri.10

Selepas kemenangan majority pihak kerajaan dalam Pilihanraya 2004, sekali lagi slogan and dasar Islam yang mirip kepada dasar Islamization ini telah ditimbulkan, dengan nama Islam Hadhari – yang cuba memperkukuhkan dasar lama dengan pendekatan baru; menerapkan elemen proaktif bagi melahirkan tamadun Malaysia yang lebih berteraskan nilai-nilai Islam.

Sebelumnya - Seterusnya >>

No comments: